Saturday 10 May 2014

Sambal Nasi Lemak






Hai uols...since ramai yang bertanya macam mana admin buat sambal nasi lemak ni..admin kongsikan kat sini yea resepi sambalnya...actually bukan the only sambal nasi lemak je ..resepi ni uols boleh guna untuk sambal sotong, sambal udang,sambal kerang or sambal ayam and any sambal yang korang nak campak je la lauk pauk yang korang nak eh...hehehe...Sambal ni admin belajar masa belajar kat UK dengan seorang senior ni, nama dia Kak Ayu. Dia orang Johor, dia selalu buat nasi lemak untuk berniaga di UK bila ada majlis-majlis gathering pelajar-pelajar Malaysia kat sana... thanks a lot to her sebab x kedekut ilmu untuk berkongsi resepi...sini admin panjangkan ilmu yang dikongsinya..semoga bermanfaat yea :)

Bahan-bahan

1 1/2 cawan Cili kisar (Boleh guna cili kering- dalam 20-25 biji)
1 cawan bawang besar/merah* (bawang besar dalam 2-3 labu/bawang merah dalam 10-12 biji)
1 inci belacan*
3 sudu gula
1 sudu kecil garam
 1/4 cawan minyak untuk menumis
Asam keping/asam jawa

Cara-cara membuatnya:

1) Kalau guna cili kering, potong serong dan buang bijinya dulu. Then rebus sampai kembang. Sejukkan then blend ok...Jangan masukkan air terlalu banyak, agak2 untuk boleh kisar je ok.

2) Blend bahan-bahan yang bertanda *

3) Panaskan minyak, tumis bahan-bahan bertanda * yang dah dikisar. Biar sampai pecah minyak (bila dah meletup2 kecil tu...bila bawang dah melompat-lompat halus gtu..haha)

4) Masukkan cili yang dah dikisar. Sebatikan dengan bahan yang ditumis tadi. ( Nisbah lebih kurang 1.5:1~ 1.5 cili kisar, 1 cawan bawang merah/bawang besar)

5) Biarkan pecah minyak, make sure kacau selalu and pelan-pelan ok...melainkan korang guna non-stick periuk...boleh le biarkan pecah minyak tanpa dikacau! Bila dah nampak pecah minyak, sambal tu akan memercik tau...jangan risau..tu tandanya sambal tu dah masak le tu..

6) Masukkan garam, gula and asam keping. Kalau guna asam keping, sekeping je dah cukup ok...Kalau guna asam jawa, ambil dalam satu sudu pesnya dan tambah 3 sudu air...bancuh dan masukkan dalam sambal. Biarkan seketika...Rasa lah yea..agak2 xcukup rasa, tambah la mana yang di rasa kurang tu... (kat sini le korang kena pandai serasikan rasanya yea. All the best! )

7) Siap!!!!

**Kalau nak buat sambal udang, sotong, ayam, xpayah masukkan belacan ok...just tambah halia dalam 2 inci...

**Untuk sambal kerang, pon sama jangan masukkan belacan. Tambahkan gula dlm 1-2 sudu bergantung macam mana yang korang nak...or else tambahkan 2-3 sudu madu :)

**Silalah goreng ikan bilis, ayam goreng, sediakan telur rebus, timun or apa2 je lah korang nak makan dengan nasi lemak ye...

All the best!!! Selamat mencuba :)

Friday 9 May 2014

Fettuccine Aglio Olio


Bahan-bahan

Fettuccine ( 1/4 or 1/2 daripada 1 plastic kecil- bergantung kepada berapa orang nak makan yea)
1/2 cawan mince meat (boleh ganti dengan ayam/hotdog -potong halus)
4-5 sudu olive oil
1-2 sudu chilli flakes (ikut tahap kepedasan yang dikehendaki yea...boleh tambah byk if suka pedas)
2 ulas bawang putih (di potong dadu/ tumbuk halus)
1 sudu butter
sesudu kecil garam

Cara-cara membuatnya

1) Rebus fettuccine sehingga lembut (masukkan sesudu minyak ke dalam periuk untuk mengelakkan fettucine melekat antara satu sama lain- boleh guna olive oil or minyak biasa). Bila dah lembut, sila bilas dengan air sejuk yea dan toskan.
2) Panaskan satu sudu butter, masukkan olive oil, tumis bawang putih
3) Masukkan mince meat, biarkan seketika sehingga garing.
4) Masukkan fettuccine yang dah ditoskan, kacau sebati. Perasakan dengan garam.
5) Siap! Actually boleh tambahkan oregano leaves. Ai tambah oregano leaves. sesape xsuka xyah tambah ok...

**lagi sedap kalau guna seafood...~udang, sotong, and ape2 yang korang suka tapi jangan le masuk ikan ke..ketam ke..isi ketam boleh lah eh..hehehe

**nak lagi terangkat, sila letak cheese parmesan okay! parut banyak2 taburkan...ai xde cheese aritu sbb dah habis dalam peti simpanan harta karun...hahaha...tapi jangan le banyak nau...tau le suka cheese, mahei tu cheese... lagipon banyak sangat kang muak pulak..agak2 la yea...



Kuih Siput

Bahan - Bahan:
  • 1 kg tepung gandum
  • 1 biji telur 
  • 50gm mentega
  • 1 cubit jintan manis *
  • 2 sudu besar udang kering *
  • 50g cili boh*
  • 2 labu bawang besar*
  • Daun kari secukup rasa*
  • Garam secukup rasa*
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit*
  • 1 kotak kecil Santan
Cara menyediakan:
  1. Kisarkan bahan - bahan bertanda *
  2. Campurkan bahan - bahan yang dikisar bersama - sama tepung , telur, mentega dan gaulkan sehingga sebati.
  3. Tambahkan santan sedikit demi sedikit supaya doh menjadi lembut
*Jangan terlalu banyak santan nanti doh menjadi melekit

Karipap



Bahan-bahan Doh


  • 1 kg tepung gandum 
  • 1 cawan air 
  • 1 cubit garam
  • 50g mentega
  • 20 ml minyak masak yang dipanaskan
Bahan-bahan Inti Sardin
  • 1 tin besar sardin
  • 2-3 biji kentang di potong dadu-direbus sehingga lembut
  • 1 labu bawang besar (potong dadu)
  • Garam secukup rasa
  • 3 biji cili padi-(racik halus)
  • 2 sudu besar air perahan limau nipis / asam keping
Cara menyediakan Doh:
Masukkan garam kedalam 1 cawan air
Campurkan kesemua bahan - bahan untuk membuat doh dan gaulkan sehingga sebati
Doh yang sebati akan menjadi kuning cair keemasan

Cara menyediakan Inti Sardin:

  1. Tumiskan bawang besar dan cili padi
  2. Masukkan sardin serta kentang yang direbus empuk dan gaulkan sehingga sebati
  3. Masukkan air perahan limau nipis / asam keping untuk menghilangkan bau hanyir ikan sardin
  4. Masukkan garam secukup rasa dah gaulkan sehingga kesemua bahan - bahan sebati dan kering sedikit
*Jangan masukkan inti yang terlalu basah ke dalam doh kerana doh akan menjadi lembik boleh menyebabkan bocor
* Untuk memudahkan serta mempercepatkan proses kelim karipap, gunakan tekap karipap yang pelbagai jenis boleh didapati di semua pasaraya.

Tuesday 6 May 2014

Puding Karamel


Bahan-bahan

5 biji telur
1 1/2 cawan susu segar
1 cawan air
3 sudu besar gula
1 sb esen vanila

Karamel:

1/2 cawan gula
1 /2 cawan air

Cara-cara membuatnya

Karamel:

1) Panaskan gula menggunakan api yang kecil di atas dapur.
2) Apabila keperangan dan gula sudah cair semuanya, masukkan air.
3) Kacau sehingga gula larut bersama air.
4) Boleh masukkan ke dalam bekas yang dikehendaki.

Puding:

1) Panaskan susu dengan api yang kecil
2) Cukup sekadar mendidih kali pertama, masukkan gula dan esen vanila.
3) Masukkan air.
4) Pecahkan satu per satu telur dan kacau sebati ( jangan kacau kuat ye...just sekadar pecahkan kuning telur dan sebatikan dengan putih telur)
5) Tutup api, campurkan telur dan bahan2 yang dipanaskan
6) Tapis semua bahan2 dan ready untuk dimasukkan ke dalam bekas2 yg berisi karamel tadi.
7) Kukus selama 30 minit :)



Monday 5 May 2014

Meatball & Black pepper Sauce



Bahan-bahan

500g mince meat (daging kisar)
1 biji telur
1 cawan susu segar
1 biji bawang (dicincang halus)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
daun bawang/sup (di potong halus)
2 ubi kentang (di rebus)
4-5 sudu besar butter
garam
sesudu besar black pepper (ikut citarasa masing-masing)
5 sudu tepung jagung
cheese cheddar (optional...nak letak xpe..xnak pon xpe)

Cara Membuatnya

1)  Panaskan mentega dan goreng bawang besar, bawang putih dan daun bawang/sup hingga keperangan.
2)  Rebus ubi kentang, sejukkan.
3)  Blendkan bahan2 yang digoreng dengan kentang dan 1 cawan susu.
4)  Gaulkan sebati bahan yang di blend dgn bahan-bahan lain.
5)  Perasakan dengan garam, dan black pepper.
6) Bentukkan adunan menjadi bebola dan masukkan cheese di tengah2 bebola. 
7) Boleh dikukus sebentar atau terus di goreng garing!

Black pepper Sauce

3 sudu black pepper
1 cawan susu segar
1 1/2 cawan air
1 kiub ayam/daging
1 ulas bawang besar (di potong dadu)
2 ulas bawang putih (di potong dadu)
2 sudu oyster sauce
2-3 sudu kicap manis
2 sudu tepung jagung (untuk pekatkan sauce)

Cara-cara membuatnya

1)  Panaskan air dan ditambah kiub daging/ayam sehingga mendidih.
2) Masukkan susu segar, bawang putih dan bawang merah. (*bawang boleh di blend atau ditumbuk)- Biarkan seketika sehingga mendidih..
3) Masukkan black pepper, osyter sauce dan kicap manis. ( agak2 dengan warna yang di kehendaki. Kalau mahukan kuah nampak gelap, boleh ditambah kicap. Sesuaikan dengan rasa)
4) Biarkan mendidih, bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan masukkan ke dalam bahan-bahan tadi.
5) Biarkan seketika dalam 5 minit...Siap!!!

**Selamat Mencuba**

Roti Jala & Kari Ayam

Roti Jala

2 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan air
1 cawan susu
 1 biji telur
sesudu kecil garam
*sedikit serbuk kunyit/pewarna kuning (untuk dapatkan colour roti jala yang menarik-boleh guna apa2 jenis color yang korang suka)
Minyak (untuk menjala roti)

Cara-cara
1) Campurkan semua bahan-bahan di atas dan blend sehingga sebati.
2)  Boleh mula menjala roti...pastikan guna api yang perlahan :)

Kari Ayam
1 peket serbuk kari (apa-apa jenama yang korang suka)
2 ketul ayam (ambil isi dan dipotong kecil)
2 biji kentang (dipotong dadu)
2 cawan air
2 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci kulit kayu manis
1 inci halia *
2 biji bunga lawang
sedikit garam
1 keping asam keping

Cara-cara:

1) Bahan-bahan * di tumbuk halus
2) Tumiskan bahan-bahan * yang ditumbuk halus bersama kulit kayu manis dan bunga lawang
3) Apabila garing, masukkan serbuk kari dan sedikit air (dalam 1/2 cawan)
4) Apabila pecah minyak (bila korang nampak minyak dah naik ke lapisan atas, maknanya serbuk kari dah masak ok), masukkan ayam dan kentang yang di potong dadu.
5) Biarkan dalam 5-10 minit sambil dikacau perlahan ye, (sehingga kentang lembut-tapi jangan terlalu lembut yea..agak2 sedap dimakan)
6) Tambah baki air dan masukkan sedikit garam dan asam keping.
7) Biarkan mendidih dan disesuaikan dengan rasa (kalau tawar, tambah la garam yea...). Siap!

**Selamat mencuba!**