Friday 9 May 2014

Fettuccine Aglio Olio


Bahan-bahan

Fettuccine ( 1/4 or 1/2 daripada 1 plastic kecil- bergantung kepada berapa orang nak makan yea)
1/2 cawan mince meat (boleh ganti dengan ayam/hotdog -potong halus)
4-5 sudu olive oil
1-2 sudu chilli flakes (ikut tahap kepedasan yang dikehendaki yea...boleh tambah byk if suka pedas)
2 ulas bawang putih (di potong dadu/ tumbuk halus)
1 sudu butter
sesudu kecil garam

Cara-cara membuatnya

1) Rebus fettuccine sehingga lembut (masukkan sesudu minyak ke dalam periuk untuk mengelakkan fettucine melekat antara satu sama lain- boleh guna olive oil or minyak biasa). Bila dah lembut, sila bilas dengan air sejuk yea dan toskan.
2) Panaskan satu sudu butter, masukkan olive oil, tumis bawang putih
3) Masukkan mince meat, biarkan seketika sehingga garing.
4) Masukkan fettuccine yang dah ditoskan, kacau sebati. Perasakan dengan garam.
5) Siap! Actually boleh tambahkan oregano leaves. Ai tambah oregano leaves. sesape xsuka xyah tambah ok...

**lagi sedap kalau guna seafood...~udang, sotong, and ape2 yang korang suka tapi jangan le masuk ikan ke..ketam ke..isi ketam boleh lah eh..hehehe

**nak lagi terangkat, sila letak cheese parmesan okay! parut banyak2 taburkan...ai xde cheese aritu sbb dah habis dalam peti simpanan harta karun...hahaha...tapi jangan le banyak nau...tau le suka cheese, mahei tu cheese... lagipon banyak sangat kang muak pulak..agak2 la yea...



No comments:

Post a Comment